Set penyusuan SHAKLEE pasti dapat membantu ibu-ibu dalam menjalani kehidupan seharian yang lebih cergas dan meneruskan penyusuan yang berjaya sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun, tanpa ragu dan bebas tekanan.
Kandungan vitamin dan mineral lengkap dalam Vita-Lea memenuhi keperluan harian ibu dan mengimbangi nutrisi yang diperlukan.
Bagi mengatasi masalah kepenatan dan kemurungan serta fungsi urat saraf dan hormon, B-Complex dengan 9 jenis vitamin B yang lengkap membekalkan keperluan vtamin B secukupnya.
Vita-C pula bukan sekadar memberi kesegaran kepada sel tubuh ibu agar sentiasa sihat dan cergas, malah juga mencantikkan kulit dan memberi rona ceria yang asli.
Dari aspek penyusuan, sebagaimana kandungan protein dalam susu ibu dipengaruhi oleh pengambilan protein ibu sendiri, pemilihan makanan dan milkbooster yang mengandungi protein tinggi adalah penting. Protein diperlukan untuk pembinaan dan pembaikan sel tubuh. Oleh itu, set ini dilengkapi dengan Alfalfa Complex yang diperbuat dari daun alfalfa asli yang tinggi dengan khasiat dan dijadikan penambah susu secara turun temurun di Amerika.
Pengambilan makanan tambahan walaupun tidak tergolong dalam makanan terkawal, namun harus diambil dengan ilmu. Misalnya, pengetahuan tentang krisis penyembuhan, dos pengambilan vitamin dan mineral. Vitamin-vitamin larut lemak (A, D, E & K) misalnya, tidak dinasihatkan untuk diambil dalam kuantiti yang banyak kerana ianya akan disimpan dalam tubuh dan boleh menyebabkan toksin sekiranya berlebihan. Berlainan dengan vitamin larut air yang sentiasa mengalami discaj melalui cecair tubuh seperti kencing.
*** Pengambilan makanan tambahan penambah susu adalah sebagai alternatif untuk meningkatkan produksi susu. Ibu perlu paham tentang asas penyusuan yang betul sebelum mengambil mana-mana makanan tambahan penambah susu ibu. Tiada "JALAN MUDAH" bagi ibu yang ingin menyusukan. Ibu haruslah menyusui anak sepenuhnya mengikut permintaan anak, memerah susu jika berpisah sementara dengan bayi (bekerja), menyusui anak dengan posisi dan teknik lekapan yang betul, mengambil pemakanan yang seimbang, tidur dan rehat yang secukupnya dan tidak berada dalam keadaan yang tertekan. Penyusuan adalah perkara yang perlu dipelajari oleh ibu dan juga bayi. Bertenang, menyusui anak seawal kelahiran bayi dan meneruskan penyusuan secara ekslusif adalah kunci permulaan kepada sesebuah episod penyusuan. Pengambilan makanan tambahan hanya membantu meningkatkan produksi susu ibu jika perkara di atas difahami dan diaplikasikan.
Comments
Post a Comment