Waktu tidur adalah waktu yang sukar & tidak selesa terutamanya semasa hamil. Namun, untuk mendapatkan tidur yang lena lebih-lebih lagi apabila kandungan sudah semakin membesar amatlah sukar. Ini berlaku kerana kesan daripada pelbagai faktor yang salah satunya membabitkan perubahan hormon kehamilan.
Di sini, ada beberapa tips untuk diamalkan semasa hamil untuk mendapatlan waktu tidur yang berkualiti:
Di sini, ada beberapa tips untuk diamalkan semasa hamil untuk mendapatlan waktu tidur yang berkualiti:
- Kurangkan pengambilan air sekurang2nya 2 jam sebelum tidur. Ini adalah untuk meminimumkan kekerapan berulang alik ke tandas hanya semata-mata untuk membuang air kecil
- Elakkan daripada bersenam ketika sudah menghampiri waktu tidur seeelok2nya 3 jam sebelum tidur. Senaman membebaskan hormon adrenalin ke dalam tubuh yang secara tidak langsung akan menjadi penyebab sukar tidur dan berjaga malam. Tapi waktu siang kena bersenam yer..sbb boleh elak kejang kaki pada waktu malam.
- Biasakan diri melakukan rutin yang teratur setiap hari sebelum tido. Contohnya, mandi, menyikat rambut, menyapu losyen pelembap muka & badan, minum susu panas, membaca bahan bacaan ringan dan sebagainya. Dengan ini, otak akan mendapat isyarat bahawa waktu tidur sudah tiba dan jika rutin ini dilakukan dalam keadaan tenang dan nyaman, sudah tentu kita dapat tidur dengan nyenyak
- Semasa trimester ketiga, sebaik2nya tidur mengiring. Bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang.
- Hindari kafein bagi mengelakkan insomnia
- Jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas makan untuk mengelakkan pedih ulu hati dan juga elakkan makanan berasid, berempah, berminyak atau bergoreng. Pastikan kedudukan kepala lebih tinggi ketika berbaring jika masalah pedih ulu hati menyebabkan sukar untuk tidur
- Curi masa untuk tidur pada waktu siang walaupun hanya 10minit jika tidak mendapat tidur yang cukup pada waktu mlm. Ia sangat membantu memulihkan tenaga dan memberi kesegaran
- Digalakkan menggunakan bantal tambahan yang khusus untuk wanita hamil semasa tidur untuk menyokong tubuh yang semakin membesar. Untuk keselesaan, tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal di bawah lutut dan sebiji lagi di bawah perut
- Gunakan bra khusus yang digunakan untuk tidur atau longgarkannya jika berasa tidak selesa kerana bra perlu sentiasa dipakai bagi menyokong payudara & mengelakkannya menjadi kendur
- Elakkan tekanan dan rasa bimbang dengan berkongsi masalah dengan individu yang boleh dipercayai
- Berjumpalah dengan doktor pakar untuk mendapatkan nasihat & bantuan jika masalah insomnia berterusan
sumber: Majalah Pa&Ma
Comments
Post a Comment