Bayi muntah atas pelbagai sebab. Ia bukan sesuatu yang boleh dianggap normal sehingga dipastikan oleh pakar perubatan.
Antara sebab2 biasa bayi muntah selepas menyusu antaranya menjeluak (regurgitation) apabila susu ibu memancut dengan laju semasa refleks melepas, susu mengalir terlalu banyak, bayi minum terlalu kenyang atau otot injap bawah saluran makanan esofagus (lower esophageal sphincter) belum matang & kuat.
Antara sebab yang boleh mengundang bahaya kepada bayi yang kerap muntah selepas menyusu termasuklah penyakiy berkaitan usus. Contohnya, injap atas perut yang sempit (pyloric stenosis), saluran usus masuk ke dalam usus (intussussception) dan usus terpusing (malrotation). Jika mengalami masalah usus seperti yang dinyatakan, bayi akan menunjukkan tanda perut lebih buncit daripada biasa, muntah dengan halaju yang tinggi, meragam disebabkan oleh kesakitan, membuang najis besar berdarah dan tidak membuang najis besar dalam tempoh yang lebih lama dari kebiasaannya (sembelit)
Terdapat juga kemungkinan punca yang tidak berkaitan dengan usus seperti kencing kotor, jangkitan apda tekak atau kelenjar tonsil dan jangkitan telinga. Biasanya bayi demam, kurang selera untuk menyusu, merengek dan muntah semasa atau sejurus selepas menyusu. Alahan kepada protein susu lembu yang hadir dalam susu ibu (jika ibu minum susu daripada lembu atau makanan berasakan susu lembu) juga boleh menyebabkan bayi muntah.
Apabila bayi terlalu kerap muntah selepas menyusu, dia mungkin mempunyai masalah-masalah seperti berat badan tidak bertambah dengan baik, gangguan pernafasan akibat selalu tersedak sehingga mungkin mengalami "aspiration pneumonia", menolak untuk disusukan dan kuat meragam disebabkan oleh kerengsaan ulu hati.
AMALAN KURANGKAN RISIKO MUNTAH
- Meninggikan kedudukan kepala bayi di atas paras perut selepas menyusu mungkin boleh membantu sesetengah bayi walaupun kajian terkini menunjukkan ini tidak banyak membantu mengurangkan muntah. Posisi lain yang boleh membantu ialah bayi mengiring atau meniarap semasa bayi masih terjaga. Namun posisi meniarap tidak digalakkan jika bayi tertidur kerana boleh meningkatkan risiko kematian bayi secara mengejut (SIDS)
- Cuba susukan bayi dalam keadaan dia seperti menegak/berdiri (upright nursing position). Namun pastikan perut bayi bertemu perut kita. Ia dipercayai boleh membantu mengurangkan risiko bayi tersedak.
- Jika pancutan susu terlalu laju, kita boleh mengurangkannnya dengan menekan payu dara secara pegangan gunting semasa menyusu bagi mengurangkan pancutan seterusnya mengelakkan bayi tersedak
- Elakkan daripada menekan perut bayi. Dalam masa yang sama, pakaikan baju bayi yang longgar. Jika dia memakai barut perut, longgarkan atau tanggalkannya
- Sasatkan penyusuan yang kerap apabila bayi menunjukkan tanda lapar. Elakkan menukar bayi ke payudara sebelah lagi terlalu cepat atau kerap terutamanya sewaktu bayi masih aktif menghisap. Ketahuilah, perbuatan ini akan menyebabkan bayi mudah termuntah.
- Bagi bayi yang cerewet, meragam atau menolak untuk disusukan, banyakkan sentuhan kulit ke kulit dan elakkan daripada memaksa. Penggunaan baby sling boleh membantu bayi mengurangkan risiko muntah. Pelekapan pada puting mesti betul bagi mengelakkan bayi banyak menelan angin yang boleh menyebabkan kembung. Kita juga boleh mencuba untuk menyusukan bayi ketika bayi sedang mengantuk,
- Kadang kala bayi lebih tenang apabila berada di payudara. Oleh itu, galakkan hisapan bukan nutrisi (non nutritive suckling). Lazimnya bayi sudah kenyang, tetapi amalan ini membantu mengurangkan kerengsaan perut, mempercepatkan pengosongan perut bayi dan melancarkan penghadamannya.
- Jika bayi muntah oleh kerana mengalami kembung perut, bantu dia sendawa dan belajar cara-cara untuk merawat kembung daripada pakar. Cuba kenalpasti makanan yang diambil oleh ibu hingga memungkinkan masalah kolik atau kembung seperti susu lembu dan kafein.
- Perah susu awal terlebih dahulu (susu yang mengandungi nisbah laktosa kepada lemak yang lebih tinggi) dan susukan bayi dengan susu akhir (lebih berlemak, nisbah laktosa kepada lemak adalah kecil). Habiskan penyusuan sehingga bayi benar-benar kenyang di sebelah payudara. Untuk maklumat tambahan, jika laktosa tinggi berbanding lemak, proses penapaian laktosa akan menghasilka banyak gas dalam usus bayi yang akan menyebabkan kembung. Jadi, kandungan lemak yang lebih daripada laktosa akan mengurangkan risiko kembung
- Amalam mengurut bayi dengan cara yang betul boleh mengurangkan risiko refluks dan kembung. Urutan bayi bukan sahaja dapat menenangkan bayi malah melancarkan sistem penghadaman dan menguatkan ototnya
*** Sekiranya masalah muntah dihadapi berpanjangan, dapatkan rawatan daripada pakar kanak-kanak. Jika bayi hanya sekali sekala muntah susu ibu dan tersedak, kita tidak perlu terlalu khuatir keranan susu ibu mengandungi pelbagai antibodi dan tidak merbahaya seperti susu formula. Biar apa pun, ketahui lah susu ibu tetap selamat
"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya mendaftar menjadi ahli SHAKLEE? Hubungi saya. Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan. Anda akan dijemput ke KUMPULAN EKSLUSIF kami di Facebook"
Emel: idyani@gmail.com
Call/SMS/wassap: 019-9319790
salam perkenalan.
ReplyDeleteterima kasih krn sudi berkongsi info dgn pembaca
terima kasih. info yang baik untuk ibu-ibu
ReplyDeleteTq.
ReplyDeleteTq.
ReplyDeleteTq.
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. tips atasi masalah susu merundum.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sama2 kita dpt manfaatnya.
DeleteHi, thank share info ni . saya setuju kdg2 baby muntah sebab kembung perut ..tekan perut baby kesian sbb lagi sakit. kdg2 confuse baby kenyang ke tak. Ada kawan fb cerita yg susah nk nyusu kan baby sebab susu merudum kdg2 pam pun dapat 1oz je..dgr ada org recommend suruh guna Pump It Milk Booster , sapu2 je boleh pulih puting luka. nak tambah susu pun ada. InshaAllah boleh cuba nnti :)
ReplyDelete