AWAS, bahaya keputihan!!!



Eeewwww...apa nih?? Nak kata datang bulan pun bukan sebab ia bukan darah tetapi lendir kekuningan dan kerap terjadi. Jangan pelik kerana masalah seperti ini kerap terjadi di kalangan kaum perempuan.




Apakah itu KEPUTIHAN?
Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. Keputihan sebenarnya ialah cairan yang keluar dari vagina. Keputihan ada 2 jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit.


  • Keputihan normal --> dalam keadaan normal, cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau & tidak gatal. Keputihan normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan perempuan. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan kita sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi

  • Keputihan abnormal --> berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang2 seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk


Punca keputihan abnormal
  • Terlalu penat
  • Dalam keadaan terlalu stress
  • Jangkitan


Jenis jangkitan
  • Kurap Candadis atau Monilia --> warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal
  • Parasit Trichomonas Vaginalis --> cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir
  • Bakteria Gardnella --> boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. Warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir
  • Virus --> Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan  akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, Herpes, HIV/AIDS
  • Benda asing --> Hal yg satu ini sering kita abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda2 yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut atau pun benang dari seluar dalam


JOM CUBA. PETUA TRADISIONAL ATASI KEPUTIHAN


  • Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan
  • Kemudian rebus pucuk pegaga tadi bersama dua gelas air bersih
  • Masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan itu
  • Setelah mendidih, biarkan sehingga sejuk
  • Apabila air rebusan itu telah sejuk, tapis airnya
  • Minum air tersebut dua kali sehari dan amalkan sehingga masalah keputihan serta rasa gatal pada vagina sembuh






       
       

Comments