Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 helai rambut setiap hari. Ini kerana hormon (dalam darah) yang berubah selepas bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut. Walaupun rambut banyak gugur pada awal kelahiran, jangan panik kerana kita tidak akan menjadi botak sebaliknya akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
Biasanya lebih kurang 85-95% rambut berada dalam peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika kita menyikat atau menyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebh kurang 100 helai sehari.
Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaa berehat dan sedikit saja yang gugur setiap hari. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra-mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
MAKANAN YG MEMBANTU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT
Tembikai, pisang, epal dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat yang penting bagi mengurangkan keguguran rambut
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat & sihat.
Biasanya lebih kurang 85-95% rambut berada dalam peringkat berehat. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika kita menyikat atau menyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebh kurang 100 helai sehari.
Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit rambut berada dalam keadaa berehat dan sedikit saja yang gugur setiap hari. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra-mengandung. Ini mengambil masa di antara 6-12 bulan selepas bersalin. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.
MAKANAN YG MEMBANTU MENCEGAH KEGUGURAN RAMBUT
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Makan ayam, telur, keju rendah lemak, badam & yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral berkenaan menjadi punca vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran
Mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan tubuh untuk menyerap vitamin, mineral dan membentuk sek baru yang membuatkan rambut kuat & sihat.
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.
Tembikai, pisang, epal dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat yang penting bagi mengurangkan keguguran rambut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuan rambut.
Ia sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala
Comments
Post a Comment