Perbezaan antara vitamin sintetik, organik dan semulajadi


Makanan tambahan (food supplement) merupakan keperluan harian kita.  Walaupun kita ambil makanan secukupnya kadang kala kita hanya cukup makan iaitu sekadar memenuhi rasa lapar dan makan apa sahaja. Sepatutnya makanan yang kita ambil bukan sekadar menghilangkan lapar, tetapi memenuhi keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh.  Atas kesedaraan bahawa makanan yang kita makan ini kurang berkhasiat, tidak dimasak dengan haba yang sepatutnya, sumber bahan mentah yang dimasak mungkin tercemar dan sebagainya; maka kita mengambil food supplement atau juga disebut vitamin. Takukah anda bahawa ada 3 kategori vitamin?  Ok, kalau belum tahu saya nak bagitau anda sekarang. Ada 3 kategori vitamin iaitu vitamin sintetik, organik dan semulajadi.

Satu analogi mudah untuk membezakan ketiga-tiga kategori vitamin ini adalah seperti berikut:

Analoginya seperti di bawah:

(1) Vitamin Sintetik umpama buah plastik




(2) Vitamin Organik umpama jus buah dalam pek



(3) Vitamin Semulajadi umpama buah sebenar




Nampak kan bezanya? Vitamin sintetik umpama buah plastik, sama rupanya macam buah sebenar, dan namanya pun ikut buah sebenar tu. Kalau rupa macam epal, kita akan panggil epal bukan limau. Vitamin organik pula sama macam jus komersial, dibuat dari buah sebenar, tapi menjalani pelbagai proses dan akhirnya banyak nilai buah sebenar yang telah hilang. Pernah tak terfikir yang jus buah yang berlainan jenama punyai rasa berbeza juga? Anda yakin ke itu memang 100% jus asli? Tak lain tak bukan cuma penipuan label je…

Jadi, pilihlah vitamin anda dengan bijak. Ingat, buah plastik lebih murah dari buah sebenar, dan mungkin kita boleh dapat free. Tergamak ke nak makan buah plastik?

Kesihatan kita adalah pilihan kita sendiri. Selagi mampu, pilihlah yang semulajadi. Tanpa mudarat dan tanpa kesan sampingan!



credit

Comments