Ramai yang risau susu ibu akan berkurangan ketika berpuasa. Perkara pertama yang perlu difikirkan adalah memahami dengan jelas konsep penyusuan susu ibu. Konsep ini berlaku tidak kira samada kita berpuasa ataupun tidak.
INGAT!!! Sedikit atau banyak jumlah susu ibu yang dhasilkan adalah bergantung kepada kekerapan bayi menyusu. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan. Jika kita berjauhan dari bayi, kita perlu megepam untuk mengosongkan payudara. Ketika berpuasa, kita tidak seharusnya PONTENG SESI MENGEPAM yang biasa dilakukan.
Bagi memastikan tubuh sentiasa kekal bertenaga ketika berpuasa, kita seharusnya;
INGAT!!! Sedikit atau banyak jumlah susu ibu yang dhasilkan adalah bergantung kepada kekerapan bayi menyusu. Semakin kerap bayi menyusu, semakin banyak susu dihasilkan. Jika kita berjauhan dari bayi, kita perlu megepam untuk mengosongkan payudara. Ketika berpuasa, kita tidak seharusnya PONTENG SESI MENGEPAM yang biasa dilakukan.
Bagi memastikan tubuh sentiasa kekal bertenaga ketika berpuasa, kita seharusnya;
- MAKAN 3 KALI SEHARI. Ibu yang menyusu memerlukan tambahan kalori sehingga 700 kalori sehari. Biarpun berpuasa, kita perlu makan kita kali sehari iaitu ketika sahur, berbuka dan waktu moreh. Ketika berbuka puasa, pastikan kita makan sedikit tetapi kerap
- MAKAN MAKANAN SEIMBANG. Sewaktu sahur, berbuka dan semasa moreh, pastikan kita mengambil makanan yang seimbang mengikut saranan Piramid Makanan
- MAKAN KURMA. Kurma mengandungi glukosa yang mampu memberikan tenaga segera kepada tubuh. Kurma turut kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potassium, Kandungan protein di dalam sebiji kurma adalah di antara 1.8-2.0% manakala kandungan gulanya pula adalah 50-57%. Kita sangat digalakkan untuk memakan tiga hingaa tujuh biji kurma setiap kali waktu makan terutamanya ketika bersahur
- MINUM AIR BANYAK. Jumlah air yang perlu kta ambil setiap hari adalah 3 liter sehari atau lebih. Lebih tepat lagi 1liter untuk setiap 25kg berat badan. Oleh itu, kita digalakkan untuk banyakkan minum air kosong bermula dari waktu berbuka sehingga sahur dan menjelang waktu imsak. Selain air kosong, kita juga boleh ambil jus buahan segar, minuman panas yang memberi tenaga seperti coklat dan susu segar. Air panas dipercayai dapat membantu melancarkan pengeluaran susu ibu.
- KERAP MENYUSU & MENGEPAM. Lebih kerap bayi menyusu, lebih banyak susu akan dihasilkan. Bagi yang bekerja dan berpisah sementara dengan bayi, kita perlu mengepam payudara kerana semakin banyak susu ibu dikeluarkan, semakin banyak sisi ibu dihasilkan. Kebiasaannya, susu ibu lebih banyak di awal pagi iaitu ketika waktu sahur.
- MINDSET. Sentiasa yakin bahawa kita masih boleh meneruskan penyusuan biarpun berpuasa. Jangan sesekali berfikiran bahawa susu ibu berkurangan sehingga tidak cukup untuk keperluan anak.
PANDUAN BERSAHUR
Kita digalakkan untuk makan makanan yang mempunyai INDEKS GLISEMIK (GI) yang rendah, GI ialah unit pengiraan bagi kesan karbohidrat pada tahap gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat semasa proses penghadaman mempunyai GI yang tinggi manakala karbohidrat yang terurai lebih lambat dan melepaskan glukosa secara beransur-ansur ke dalam darah mempunyai GI yang rendah. Makanan yang rendah GI adalah seperti sayuran, kekacang, mi dan nasi.
SELAMAT MENJAYAKAN PENYUSUAN SUSU IBU DI BULAN RAMADHAN.... ^_^
Wah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Kepentingan Susu Ibu
ReplyDeleteTerima kasih puan.. Alhamdulillah, moga bermanfaat utk semua..
Delete