Kajian telah menunjukkan 90% kepintaran anak itu bermula sejak dalam kandungan lagi dan makanan antara sumber terpenting dalam merangsang otak bayi. Oleh itu, ibu perlu menjaga pemakanan kerana apa yang dimakan itu adalah untuk dirinya dan anak dalam kandungan.
MADU
Makanan yang sangat berkhasiat yang dinyatakan dalam Al-Quran. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang berdaya untuk meningkatkan ingatan dan kecergasan mental individu
KISMIS
Kismis mengandungi zat besi berfungsi untuk membina darah supaya bekalan oksigen mencukupi untuk disalurkan ke otak. Dengan ini, ia menjadi makanan pencetus untuk membentuk otak anak genius
SUSU SEGAR
Susu baik merangsang otak, menajamkan fikiran, bekalkan tenaga dari sudut mental & fizikal. Ia juga bergungsi untuk pertumbuhan badan dan otak. Sabda Rasulullah SAW, susu dapat menguatkan tulang, menajamkan akal, penglihatan yang baik dan menghindarkan penyakit lupa. Susu yang baik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, susu biri-biri dan susu lembu segar
TELUR
Telur berfungsi untuk menambah kecerdasan otak. Telur mengandungi kekuatan protein, mineral, vitamin, kalsium, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air dan bahan-bahan aktif. Telur ayam kampung adalah terbaik untuk memberi kepintaran kepada anak
KURMA
Jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E
BUAH DELIMA
Buah ini boleh menjadi penerang hati. Sabda Rasulullah SAW bermaksud "Barangsiapa yang memakan buah delima, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40hari"
KEKACANG
Kekacang turut memberi kekuatan pada perkembangan genius kanak-kanak. Kacang seperti gajus, soya dan pistachio dipercayai berkesan dalam meningkatkan kecerdasan otak. Ia mengandungi nilai protein yang tinggi
LABU
Labu dapat menambah keupayaan fikiran dan akal. Nabi bersabda " Makanlah labu kerana ia memberi kecerdasan kepada akal serta jika kamu membuat sup atau kuah kemudian memasukkan labu, maka ia akan meningkatkan kemampuan akal dan fikiran"
MINYAK SAPI
Minyak sapi membekalkan otak yang genius. Biasakan dengan masakan menggunakan minyak sapi
SAYUR-SAYURAN
Sayur-sayuran dan buah-buahan begitu kaya dengan vitamin yang membantu meningkatkan daya ingatan
Sumber: Pa&Ma
Comments
Post a Comment