Teknik Menghasilkan Susu BadanYang Cukup Untuk Anak Anda

"..badan kecik, mana ada susu.."
"...jangan pam. Nanti susu akan kering.."
"...susu tak cukup. sebab tu anak menangis. lapar..."
"...saya takde susu. sbb tu tak boleh nak susukan anak.."


Ada di antara kita sentiasa keliru dengan mitos-mitos mengenai susu ibu seperti di atas. Sebab itu lah pentingnya ilmu penyusuan supaya kita boleh menangkis segala hujah dan pendapat yang boleh menyebabkan penyusuan susu ibu itu gagal. Malah kita sentiasa memikirkan bahawa cukup atau tidak susu yang dihasilkan untuk bayi. Sebenarnya, ada banyak petua dan cara untuk ibu-ibu perbanyakkan susu badan.

Cukup atau tidak susu yang dihasilkan adalah bergantung kepada diri ibu tu sendiri. Samada berusaha atau tidak untuk menghasilkan susu yang cukup & banyak untuk anaknya. Konsep penyusuan adalah mengikut syarat-syarat demand vs supply, di mana ada permintaan disitulah adanya bekalan. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang berkerjaya yang sentiasa perlu mengepam susu untuk bekalan anak di rumah pengasuh atau di rumah penjagaan kanak-kanak. 

Bagi ibu-ibu yang berkerja, kita perlulah mengetahui teknik-teknik mengepam untuk mendapatkan hasil yang optimum untuk mencukupkan keperluan si anak. Ibu-ibu boleh menggunakan alat bantu seperti pam payudara untuk memerah susu. Selain itu, kita juga boleh memerah menggunakan teknik marmet (perahan menggunakan tangan). Sewaktu mengepam, ibu perlu yakin dan mengurangkan punca kesakitan jika ada. Di samping itu, elakkan stress dan tekanan. Ramai antara ibu yang tertekan kerana kerja atau hasil pam yang semakin merudum. Lupakan seketika segala masalah dan berfikiran positif demi anak kita.


Minum air suam dan elakkan mengambil kopi atau teh sejurus sebelum memerah. Bayangkan juga kita sedang menyusukan anak. Lihat gambar anak, video atau apa sahaja yang berkaitan dengan anak kita. Ibu-ibu boleh juga merangsang puting payudara dengan menggentelnya dengan jari. Lebih baik jika boleh mendapatkan rakan untuk mengurut bahagian belakang selama dua hingga tiga minit sebelum memerah.

Tindakan pam berganda (power pumping) juga dipercayai boleh meningkatkan jumlah susu yang dipam. Selain itu, memerah sambil menyusukan (tandem nursing) juga salah satu tindakan yang baik untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Video di bawah adalah mengenai seorang ibu yang panik & risau apabila bekalan susu badan untuk anaknya hampir tidak mencukupi. Tapi apa yang beliau buat...?




Ibu Yg PANIK Nak Tambah Susu Badan; Hingga Sanggup....



Ingin selesaikan masalah anda & jadi seperti beliau...?



Comments