Susu ibu adalah ciptaan Ilahi yang sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran bayi. Namun ada di kalangan kita yang masih ragu-ragu untuk menyusukan anak dengan susu ibu disebabkan kurangnya ilmu mengenai penyusuan susu ibu.
Di sini disertakan tips-tips yang boleh dijadikan panduan untuk menjayakan penyusuan susu ibu terutamanya kepada ibu-ibu yang berkerjaya
- Adakala kita mengalami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak mencukupi. Teruskan dengan memberi susu ibu. Jangan mencampurkan dengan susu formula
- Amalkan pemakanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang. Amalkan minum susu setiap hari dan sebekum tidur. Amalkan minum air sambil menyusu atau selepas menyusu sekurang-kurangnya segelas air, jus atau buah
- Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika dalam pantang
- Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelak bengkak, perah susu ibu setiap tiga hingga empat jam
- Bagi mengelakkan puting payudara luka, pastikan bayi melakukan hisapan dengan cara yang betul iaitu pada keseluruhan aerola payudara. Payudara luka disebabkan oleh pelekapan yang salah.
- Pastikan bayi menghisap payudara 15 hingga 20 minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payudara bagi memastikan bayi kenyang
- Bayi akan terlena dan melepaskan payudara dari mulutnya jika ia sudah kenyang
- Sebaik sahaja mula berpantang, digalakkan mula membuat simpan perahan susu ibu sebagai satu persediaan awal untuk kembali bekerja
- Kekalkan mengambil pemakanan seimbang semasa bekerja untuk mengelakkan bayi mengalami kembung atau cirit-birit
- Semasa bekerja, lakukan perahan 3 jam sekali secara konsisten untuk mengekalkan penghasilan susu
- Latih bayi dengan memberi susu perahan menggunakan sudu atau cawan kecil
- Adalah lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada bayi & elakkan ibu berada di samping bayi ketika itu. Ini kerana bayi yang biasa dengan ibunya akan menolak susu perahan yang diberikan oleh ibunya
- Pengasuh bayi perlu tahu cara menyimpan dan memberi susu perahan dengan betul kepada bayi. Bagi memudahkannya, sediakan nota untuk dia membca dan mengingati cara-cara menyimpan susu perahan
Semoga dengan tips-tips yang telah diberikan, ibu-ibu dapat melaksanakan penyusuan susu ibu dengan jayanya
Comments
Post a Comment