Kedua-dua anak lelaki saya baru pulih dari demam. Bila si adik dah elok, si abang pula yang kena. Agaknya sekarang nih musim demam. Tambahan pulak, cuaca tak menentu. Sekejap hujan, sekejap pulak panas. Tak boleh nak dijangka. Nasib baik ubat demam memang sentiasa ada bekalan di rumah untuk waktu-waktu kecemasan. Lebih-lebih lagi kalau tetiba badan panas di tengah malam. Paling takut, kalau terkena sawan, Nauzubillah....
Untuk pengetahuan pembaca, demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 37oC disebabkan oleh jangkitan atau keradangan
Tanda-tanda demam
- pernafasan meningkat
- muka menjadi merah
- tidak aktif & lemah, sentiasa mahu tidur
- resah gelisah
- tiada selera makan
- menggigil
Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca panas dan jangkitan kuman. Antara sebab yang mungkin boleh menyebabkan demam:
- selesema
- flu
- krup
- sakit tekak
- jangkitan telinga
- jangkitan salur kencing
- masalah pernafasan seperti pneumonia & bronkitis
- virus yang menyebabkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki & mulut
Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 37oC. Suhu badannya yang melebihi 37oC menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 37oC adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 40oC, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau serangan sawan kepada bayi anda.
- Jika anak anda demam dan berusia lebih daripada lapan minggu, anda boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
- Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam)
- Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya
- Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah yang telah dicairkan
- Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.
Mesti Tahu
Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot) di rumah atau dalam perjalanan ke hospital, basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya.
Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 40oC. dia akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana ia tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada).
Segera bawalah ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ia pernah berlaku kepada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun dia sudah berusia enam tahun. Situasi kemungkinan ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan berlaku kecacatan otak, malah jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut kepada anak anda. Waspadalah jika anak anda demam!
sumber: majalah pa&ma
sumber: majalah pa&ma
Comments
Post a Comment