Wanita hamil memerlukan nutrien yang lebih daripada biasa bagi memastikan kesihatannya berada pada tahap optimum. Supplement yang bersesuaian di awal kandungan adalah asid folik bagi mengelakkan risiko spina bifida dan kecacatan tiub neural. Asid folik turut disarankan diambil seawal 3 bulan pra-kehamilam apabila merancang untuk hamil. Selain asid folik, multivitamin yang lengkap dengan pelbagai vitamin & mineral adalah salah satu supplement yang penting.
Mengambil vitamin dan makanan tambahan pada masa yang sesuai akan menambahkan keberkesanan penyerapan & fungsinya. Multivitamin atau supplement dapat membantu melengkapkan sumber nutrisi yang diperolehi daripada makanan yang diambil oleh anda dan membantu tumbesaran bayi dalam kandungan.
Pengambilan asid lemak penting seperti Omega-3, Omega-6, DHA dan EPA dalam kuantiti dan komposisi yang sesuai seawal tiga bulan pertama kehamilan dapat membantu merangsang minda anak. Minyak ikan merupakan sumber terbaik asid lemak Omega-3 dan DHA. Badan kita tidak dapat menghasilkan asid lemak ini dengan sendiri dan hanya boleh diperolehi daripada makanan. Omega-3 dan DHA dapat membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan. Pembentukan secara optimum sel-sel otak ini membantu fungsi otak bayi seperti memori, fokus & membantu pembelajaran setelah dilahirkan.
Bagi memastikan penyerapan dan kesan yang optimum, pengambilan vitamin ini perlu diambil pada waktu-waktu yang tertentu. Kebanyakan vitamin digalakkan untuk diambil selepas makan pada waktu pagi. Hal ini akan membantu penyerapan maksimum vitamin dan mendapat manfaat sebaiknya daripada fungsi vitamin seperti meningkatkan kecergasan dan meningkatkan tenaga sepanjang hari. Manakala bagi zat besi pula, waktu pengambilan yang disarankan ialah sebelum makan kerana ia akan menyerap dengan berkesan ketika perut kosong.
Walaupun pengambilan vitamin atau supplement adalah penting ketika hamil untuk memastikan kesihatan anda dan kandungan berada pada tahap optimum, makanan seimbang dan air yang cukup adalah kunci utama kesihatan ketika hamil.
Comments
Post a Comment