Silap semasa berdiet ? Macam mana tu? Bila cakap hal diet, semua berminat. Lebih-lebih lagi mereka yang pentingkan bentuk badan. Kalau boleh nak kalahkan model. Makan pun berkira-kira. Itu tak makan, ini tak makan. Yang sana kalori tinggi. Yang sini lemak banyak. Apa yang jadi kemusykilan kat sini, dietnya dah buat. Konsisten. Tapi berat badan tak turun-turun, malah ada yang makin naik. Pelik kan?
sedang diet tapi tak jugak kurus |
Itu tandanya ada yang silap semasa berdiet. Jangan main-main. Silap berdiet boleh jadi makin GEMUK & bukan makin kurus macam model.Nak berdiet pun kena ada ilmu. Maksud diet bukan tak makan. Tapi makan secara sihat.
Di sini, saya nak kongsikan dengan semua, 10 KESILAPAN BERDIET YANG AKAN BUATKAN ANDA TAK KURUS-KURUS
perlukan tips untuk kurus dengan cepat? |
- Jangan lebihkan jus dalam pemakanan seharian. Mentang-mentanglah nak diet, asyik minum jus setiap hari. Lebih baik ambil buah-buahan yang fresh. Buah yang fresh ada fiber. Jus tak ada fiber. Lagipun jus biasanya ada bahan pengawet & pewarna yang memang tak bagus untuk kesihatan
- Air kosong yang tak cukup dalam badan pun boleh sebabkan tubuh kita susah nak kurus. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk hilangkan toksin dari badan. Baru mudah lemak nak hilang.
- Jangan ingat makan roti, makan pasta, makan kentang tu boleh turunkan berat badan ye. Kita kena makan lebih banyak protein, ikan, buah & sayur kalau nak cepat kurus
- Perut akan bagi signal ke otak dalam masa 20minit semasa kita makan untuk kita rasa kenyang. Kalau makan terlalu cepat, silap-silap kita telah terlebih makan sebab signal dari perut tak sempat sampai ke otak. Oleh itu, kena makan lambat-lambat. Kunyah makanan sehingga 20kali. Lagipun, ianya bagus untuk penghadaman
- Sayur bagus untuk kuruskan badan. Tapi jangan pulak masak sayur terlalu lama. Nanti khasiatnya hilang. Apa pun tak dapat. Kurus pun tak, khasiat dari sayur pun tak.
- Ada orang beranggapan kopi boleh menguruskan badan. Sebenarnya minum kopi bukanlah cara yang sihat untuk kurus. Minum kopi terlalu banyak boleh menyebabkan dehidrasi & juga akan menganggu tidur.
- Jangan nak salahkan orang lain kalau tak kurus-kurus jugak. Cari kat mana salah & silap sendiri
- Kalau dah kenyang, berhenti makan. Jangan cuba nak habiskan sisa makanan di atas pinggan dengan alasan takut membazir. Seeloknya ambil makanan dengan kuantiti yang sedikit untuk elak membazir & terlebih makan.
- Wajib ambil sarapan pagi. Kalau tak ambil sarapan, kemungkinan kita akan makan banyak semasa makan tengahari atau semasa ambil snek. Lebih elok, amalkan ambil sarapan berprotein tinggi seperti ESP sebelum ke pejabat.
- Diet tak semestinya kena berlapar sepanjang hari. Kena makan juga dengan kadar yang sedikit tetapi kerap.
Dah tau kan sebab-sebab mengapa diet tapi tetap tak kurus-kurus? Jadi, mulakanlah dari sekarang cara diet yang sihat. Kurus dapat, sihat pun dapat. 2 dalam 1.
Kalau teringin nak cuba Set Kurus Shaklee yang terbaik, boleh hubungi saya
☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com
Comments
Post a Comment