Tips Meneran Ketika Bersalin Supaya Si Ibu Tidak Perlu Banyak Dijahit







Sakit bersalin tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Putus beratus-ratus urat dari saat sakit hendak melahirkan. Tidak termasuk lagi proses meneran untuk mengeluarkan bayi. Hanya wanita yang pernah melahirkan tahu bagaimana sakitnya bersalin. Walaupun sakit hampir putus nyawa, tetap tidak serik untuk mengandung lagi. Bahkan, mengandung bagaikan satu nikmat yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.



Sebelum masuk dewan bersalin, macam-macam terlintas di fikiran. Lebih-lebih lagi bagi yang kali pertama melahirkan. Semua doa dihafal. Semua tips dalam kepala. Tapi bila dah sakit, segala doa..segala tips, hilang entah ke mana... Teknik untuk mengawal pernafasan & teknik meneran untuk mengeluarkan bayi adalah yang paling popular di dewan bedah. Silap teknik, kesan buruk menanti.  

Meneran?



Perjuangan hidup mati si ibu di dewan bersalin. Tetapi tidaklah begitu seram jika ibu yang bersalin meneran dengan teknik yang betul.

Si ibu akan disuruh meneran setelah pembukaan pintu rahim 10 cm iaitu ketika kepala bayi sudah turun ke dasar pinggul. Sebaiknya dilakukan apabila si ibu merasakan sakit kontraksi yang melampau. Doktor akan meminta ibu menarik nafas yang panjang dengan mulut yang tertutup tanpa mengangkat punggung. Mata perlu memandang tepat kepada perut & dagu diletakkan di dada. Baring dengan lutut berlipat dan kaki terbuka dengan kedua tangan memeluk peha (tangan dilingkarkan ke bawah peha).

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang meneran sebelum pintu rahim terbuka dengan sempurna. Ini akan menyebabkan berlakunya pembengkakan di mulut rahim yang akan menyukarkan proses bersalin. Sewaktu meneran, jangan sesekali mengangkat punggung kerana ini akan mengakibatkan luka dan koyak yang besar di bahagian vagina. Si ibu juga jangan mengeluarkan suara atau menangis kerana ianya akan membuatkan ibu kurang tenaga dan lemah. Teranlah dengan sekuat daya seumpama meneran ketika sembelit.. Setiap kontraksi, teran 3 kali. Waktu kontraksi, bayi akan bergerak ke bawah. Jadi waktu inilah yang paling sesuai untuk meneran dengan sepenuhnya. 

Bagi yang beragama Islam. amalkanlah selalu doa untuk mudah bersalin

doa mudah bersalin


Semoga kita semua melahirkan insan-insan yang cemerlang dunia & akhirat. Sesungguhnya,  kesakitan yang ditanggung semasa hamil & semasa melahirkan adalah penghapus dosa.

Wallahualam.....







boleh hubungi saya:



☏ sms/whatssap : 019.931.9790 (YANI ISMAIL)
✉ email : idyani@gmail.com


Sebarang pembelian melalui blog mummyaliff, 
anda layak untuk mendapat konsultasi penuh dari saya 
                                                




"Ingin pendapatan 4-5-6 angka sebulan dengan hanya 
Hubungi saya juga. 
Hanya dengan online, anda mampu meraih pendapatan lumayan setiap bulan. 
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan"









Comments