Punca Wanita Kurang Subur & Susah Mendapat Anak






Dah bertahun kahwin tapi masih takde tanda-tanda nak pregnant. Sedih kan? Lagi-lagi kalau kaum kerabat asyik dok tanya. Rasa macam tak nak balik kampung je. Padahal si suami tak ada pun komplen apa-apa. Orang luar pulak yang terlebih-lebih. Kadang-kadang tu macam-macam petua & nasihat yang mereka bagi. Makan itu lah...makan ini lah. Tapi tak menjadi jugak. Salah siapa ?

stress punca wanita kurang subur



Saya pernah ada terbaca dalam tulisan seorang pakar sakit puan. Dia menyatakan, wanita ni perlu menjaga kesuburan tubuh sebelum kahwin lagi supaya tidak menjadi masalah selepas kahwin. Apabila difikirkan, memang ada betul kata-katanya. Wanita kita kurang menjaga pemakanan jika sebelum kahwin & jika ada masalah dari segi dalaman pun, kurang diberikan perhatian.

Di sini, saya ingin berkongsi dengan semua, antara sebab-sebab kurangnya kesuburan pada wanita yang boleh menganggu potensi untuk hamil. Mengikut kajian, 45% masalah kesuburan wanita adalah disebabkan oleh masalah pada saluran telur, sistem ovulasi, endometriosis, masalah pada rahim & mulut rahim.

✘ HIDUP YANG STRESS

Gaya hidup yang serba mencabar sekarang ni mudah membuatkan kita stress. Tahukan kita, stress atau tekanan ini bleh menganggu kitaran ovulasi & menurunkan kadar keintiman suami isteri. Jika sistem ovulasi terganggu dan hubungan suami isteri juga tidak berjalan seperti yang dirancang, potensi untuk hamil juga akan sukar.


✘ GEMUK @ OBESITI

Jaga pemakanan kita yer kerana lemak berlebihan dalam tubuh akan menganggu pertumbuhan organ tubuh termasuklah organ-organ pembiakan. Kolesterol dan lemak yang tinggi turut akan membuatkan ketidakseimbangan hormon dalam badan. Bila hormon dah  tak seimbang banyaklah sistem tubuh akan tergangggu. Contohnya, kitaran haid yang tidak tetap, haid yang langsung tak datang, terur yg tak matang (PCOS) dan sebagainya. Kalau dah hormon yang libatkan haid tak betul, mana nak datangnya kesuburan?


kawal pemakanan untuk tingkat kesuburan


✘ TERLALU KURUS

Terlalu kurus pun tak boleh. Sebab kalau terlalu kurus pun, akan ganggu kesuburan. Terutamanya haid. Bagi yang tengah berdiet, pastikan berat badan tu tak turun dengan mendadak kerana lemak juga berfungsi untuk melancarkan metabolisme tubuh.


✘ MEROKOK / MINUMAN ALKOHOL / UBAT-UBATAN

Rokok, minuman alkohol dan ubat menggangu pengeluaran hormon estrogen & progesteron yang penting untuk kesuburan wanita. Jadi kalau berada dalam linkungan asap rokok, elak-elakkanlah ya. Kalau terpaksa ambil ubat sebab masalah kesihatan pun, kena refer pada yang pakar. Tak boleh ambil sebarangan. 


✘ FAKTOR USIA

Bila dah masuk umur 35 tahun, biasanya tahap kesuburan wanita ni akan menurun. Makin menurun dengan drastik bila dah capai umur 37 tahun dan akhirnya masuk ke waktu menopous. Sekitar umur 40-45 tahun. Sebab itulah, jika inginkan anak yang ramai, rancang kehamilan awal-awal lagi & pastikan jangan melebihi umur 35 tahun. 


✘ ENDOMETRIOSIS

Hampir 50% wanita sekarang disahkan ada endometriosis. Endometriosis ni terjadi sebab lapisan dalam uterus tu tumbuh di tempat yang tak sepatutnya. Hormon estrogen berlebihan boleh sebabkan endometriosis ni bertumbuh dengan cepat. Untuk elakkannya, biasanya doktor akan menyuntik pesakit dengan hormon progesteron. Ini adalah salah satu masalah kesuburan yang paling banyak pada masa ini. 


✘ KEPUTIHAN

Keputihan yang teruk akan sebabkan jangkitan kuman pada vagina. Ini pun boleh jejaskan kesuburan. Jangkitan kuman boleh melarat sehingga ke dalam rahim. Kena ubati dengan antibiotik. Jadi kena beringat. Jaga kebersihan di tempat sulit dengan betul. 



Peringatan untuk kaum wanita. Jagalah tubuh badan kita walaupun kita masih belum berkahwin. Bila kita dah kahwin, silap-silap waktu tu dah terlambat untuk kita "repair" balik apa yang tak kena. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.


Wassalam. 













.




Comments