Cyst Semasa Hamil. Berbahaya atau tidak ?


Cyst ketika hamil dikenali sebagai Ovarian Cyst.
Petang semalam ada seorang kawan yani bagitau yang dia pregnant. Tetapi doktor sahkan dia ada cyst sewaktu ultrasound. Yani tak pasti plak ukuran cyst dia. Rasa-rasanya tak berapa besar sangat kalau dari apa yang dia ceritakan. 



Bahaya atau tidak ?

Cyst ni biasanya tidak merbahaya dan akan berlaku kepada kira-kira 1 dalam 1000 wanita hamil. Dalam kebanyakan kes, cyst biasanya akan kecut dengan sendiri seiring dengan perkembangan bayi dalam kandungan. Tahap bahayanya cyst ni bergantung kepada saiz dan jenis cyst tu. Kalau doktor check dan bagitau ianya cuma sejenis cecair, maka ia tak bahaya. Tapi tetap jugak kena buat pemeriksaan teliti dengan membuat pemeriksaan darah untuk nak pastikan dengan lebih tepat lagi jenis cyst yang ada dalam perut kita tu. 

Saiz cyst yang kurang dari 5cm, biasanya ia tak ganggu janin dan tak bahaya pun. Cuma kena buat pemeriksaan berkala je. Tapi jika saiz cyst lebih 5cm, mungkin akan ganggu proses kehamilan kerana ia berisiko untuk pecah, berdarah & berpintal. Komplikasi kelahiran pra-matang & keguguran mungkin akan berlaku. Kalau doktor mendapati cyst kita jenis kanser, doktor akan buat pembedahan walaupun cyst tu kurang dari 5cm. 

Pembedahan 

Tapi ada di kalangan kita yang tidak mahu lakukan pembedahan untuk buang cyst walaupun sudah berkali-kali dinasihatkan oleh doktor. Perlu diingatkan, banyak risiko yang perlu dihidapi jika kita menolak pembedahan. Di antaranya:
  • akan berlaku pendarahan
  • keguguran & kelahiran pra-matang
  • cyst akan membesar dan pecah
  • risiko pembedahan kecemasan yang mana akan melibatkan lebih banyak komplikasi


Kesimpulannya, jika mengandung dan disahkan terdapat cyst, buatlah pemeriksaan berkala dengan doktor untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak dingini kepada janin di dalam kandungan dan juga kepada diri kita sendiri.

Jika tidak hamil tetapi mempunyai masalah cyst, anda boleh mengambil GLA Complex untuk mengecutkan cyst anda. Elakkanlah dari cyst kerana ia akan mengganggu proses kesuburan  & hormon tubuh anda. 

GLA Complex ini TIDAK BOLEH DIAMBIL oleh wanita hamil.













Comments

  1. cyst sangat berbahay bagi wanita, oleh itu amalkanlah gaya hidup yang sihat dan seimbang. Cegah sebelum terlambat, amalkan pemakanan yang sihat dan amalkan pengambilan suplement yang sesuai.

    ReplyDelete
  2. Yang penting jumpa doktor.lebih2 lagi kalau ada cyst masa tengah mengandung.

    ReplyDelete
  3. Apa-apa pun dapatkan nasihat pengamal perubatan

    ReplyDelete

Post a Comment