Tips Menghadapi Anak Terkena Sawan Di Tengah Malam







Anak-anak kecil yang demam, jangan dibuat main. Kalau demam dah sampai 40 darjah celcius dan lebih, boleh dapat sawan. Kadang-kadang ada kes anak yang meningal dunia sebab sawan. Sawan ni biasanya berlaku pada kanak-kanak umur 6 bulan hingga 6 tahun. 


sawan semasa demam
demam yang tinggi boleh menyebabkan sawan


Bila dah kena sawan, kanak-kanak tu tidak akan sedarkan diri, kejang kaki badan, mata hitam terbeliak ke atas, air liur meleleh dan samapi boleh termuntah, terkencing atau terberak.



Sawan boleh berhenti dengan sendiri lepas 2-3 minit atau kurang. Jarang ada sawan yang lebih 10 minit. Tapi kalau sawan yang lebih 5 minit, kena cepat-cepat hantar kanak-kanak tu ke hospital. 

Kalau demam & nak elakkan sawan, kena jerlumkan tubuh anak sebab nak turunkan suhu badan. Pakaikan baju yang nipis-nipis ataupun tak pakaikan baju langsung, Ubat demam kena standby untuk kecemasan. Biasanya doktor akan bagi ubat bontot kalau tubuh terlalu panas. Kena pastikan jugak kipas & peredaran udara dalam rumah tu baik. Tidak berkuap. 



Baru-baru nih ada kawan yang anaknya berumur hampir 2 tahun terkena sawan di tengah malam. Agak panik sebenarnya sebab suaminya tiada di rumah. Nasib baik dia tau serba sedikit apa yang nak dibuat kalau anak terkena sawan. Pertama sekali, kena iringkan badan anak sebab jika dia muntah, dia takkan tersedak atau pun tertelan balik muntahnya. Pastikan barang-barang merbahaya dijauhkan dari anak & jangan tinggalkan sebarang objek di dalam mulut si anak. Yang paling penting, jangan sesekali tinggalkan anak kita sendirian & kalau sawan tu lebih 5 mnit, kena bawa ke klinik. 

Kalau nak tau, menurut kajian, anak yang mengalami sawan juga disebabkan sejarah keluarga terdekat yang mengidap sawan demam ketika kecil. Jadi, selalu beringatlah jika ahli keluarga kita ada yang pernah mendapat sawan. 

Akhir kata, moga perkongsian kali ini dapat memberi manfaat kepada ibu bapa di luar sana.







Comments

  1. kalau anak demam, memang tak berani nak tido..berjaga je sbb pantau suhu..takut sangat sawan ni..minta dijauhkanlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita, nak tidur pun tak senang. nak ke tandas pun kdg2 tahan selagi boleh tahan....

      Delete

Post a Comment