Beria-ia nak diet tapi banyak pulak mitos & ceritera pasal menu diet. Mungkin akan "termakan" kata dengan orang-orang sekeliling. Tak salah pun nak diet tapi perlu ada cara yang betul. Diet yang salah boleh memudaratkan kita jugak.
Sebenarnya kan, ramai yang cakap makan telur terlalu banyak boleh tinggikan kolesterol. Tahu tak, kolesterol yang ada dalam sebiji telur boleh divariasikan apabila masuk ke badan. Selain itu, telur juga ada vitamin D, B12, rendah kalori & beberapa nutrisi lain. Jangan takut untuk makan telur tapi biarlah berpada-pada.
Nak cepat kurus punya pasal, pulun makanan rendah lemak bagai tak ingat. Sebenarnya teknik ni salah. Bijirin, yogurt & snek yang sedap lagi banyak kalori. Cuba tukarkan dengan makanan yang rendah kandungan gula.
Ada jugak di antara kita yang amalkan makan sehari je sekali sebab konon-kononnya jika makan terlalu banyak dalam sehari, berat badan boleh naik mendadak. Ya, memang betul. Mentang-mentang nak diet, sekali je makan dalam tempoh 24jam. Padahal yang dimakannya tuh lagi tinggi segala lemak & kalori. Lebih baik makan dengan kerap tetapi seimbang dari segi zat & mineralnya. Kalau tak, sia-sia je usaha kita.
Tak ambil sarapan pagi sebab nak kurus. Tau kah, kalau kita tak ambil sarapan pagi, kita berisiko alami gangguan emosi dan hilang tumpuan ketika bekerja ataupun bagi yang sedang belajar. Sebabnya, gula dalam darah kita makin kurang. Makanan ringan & dalam kuantiti yang kecil tidak sesuai dijadikan hidangan wajib setiap pagi. Kalau kita lapar pada waktu pagi, kita akan berpotensi untuk makan lebih banyak pada waktu tengahari. Jadi, berhasil atau tidak diet kita?
Ambil diet protein semata-mata untuk hilangkan lemak tepu dari tubuh. Fakta ini tak benar sama sekali. Kalau pola pemakanan tak seimbang, kita akan jadi terlalu kurus ataupun terlalu gemuk.. Akhir sekali, kita yang akan dapat sakit. Jadi kena pastikan tubuh kita cukup nutrisi yang penting. Makan seperti biasa kerana ianya lebih berbaloi.
Kena minum banyak air kosong kalau nak diet. Setiap 25kg berat tubuh kita bersamaan dengan 1liter air yang kita kena minum. Air sejuk yang berais perlu dielakkan agar makanan yang masuk ke dalam tubuh mudah larut. Tapi jangan pulak minum air kosong je 24jam. Tubuh kita perlukan gula jugak untuk bekalkan tenaga.
Tak makan nasi boleh turunkan berat badan dengan cepat? Jangan lupa, nasi juga memiliki nutrisi yang penting yang diperlukan oleh badan terutamanya sebagai sumber karbohidrat. Kalau tak makan nasi, tubuh akan jadi tak bertenaga dan akan mengurangkan stimulasi hormon serotonin. Hormon ni penting untuk mengurangkan tekanan.
Bersenam dengan perut kosong memang akan membakar lemak dengan lebih cepat. Tetapi kita akan menjadi lebih mudah gemuk kerana makan terlalu banyak selepas itu. Selain itu, senaman kita juga kurang menyengat disebabkan kekurangan tenaga. Sanggup bersenam dalam keadaan lapar?
Gemuk bukan disebabkan genetik. Walaupun ahli keluarga kita majoriti bertubuh besar, tidak semestinya kita pun akan mengikut. Dengan disiplin yang kuat & amalan diet yang baik, kita mampu mengubah tanggapan masyarakat bahawa kita mampu mengecilkan saiz badan tatkala ahli keluarga yang lain sedang membesar dengan jayanya.
Nak kuruskan badan dengan cara yang sihat ? Ikutilah amalan-amalan yang telah diberi. Moga catatan ini dapat membantu insan di luar sana untuk menguruskan badan dengan lebih baik & teratur.
Comments
Post a Comment