8 Tanda Penyakit Darah Tinggi Yang Perlu Anda Tahu







Hari ni dengan tiba-tiba dapat mesej dari seorang teman yang bagitau dia kena masuk wad kecemasan disebabkan oleh darah tinggi. Beliau baru mencecah umur 30an. Pelik jugak sebenarnya sebab tak pernah tau pun dia ada darah tinggi. Tuan empunya badan pun tak tau. Tapi bila difikir-fikirkan, tanda penyakit tu dah ada. Cuma diri sendiri yang tak perasan.




Sebab tu kita kena alert dengan perubahan tubuh badan kita. Kadang-kadang kita anggap benda tu biasa. Tapi silap-silap, dah kritikal. 

Tak semua orang akan dapat simptom yang sama. Selalunya orang yang ada darah tinggi, tak sedar pun dia mengalaminya. Sebab tu darah tinggi ni dikatakan penyakit dalam diam. 




Kalau kita ada tanda-tanda berikut, cepat-cepatlah mendapatkan pemeriksaan untuk mengesahkan samada kita ada darah tinggi atau tidak 

✘ bengkak pada pergelangan dan jari kaki
✘ rasa lenguh di bahagian tengkuk
✘ sakit kepala yang berterusan
✘ terasa seperti hendak pengsan
✘ mudah pening'
✘ pandangan yang kabur
✘ mudah rasa penat & tercungap-cungap
✘ hidung kerap berdarah 


Menurut penyelidikan tahun 2007, penyakit vaskular otak adalah punca tekanan darah tinggi, dan bukannya penyakit vaskular jantung pada jantung seperti yang dipercayai sebelum ini. Protein yang terdapat pada otak didapati bertanggungjawab bagi memerangkap sel darah putih yang kemudiannya menyebabkan keradangan dan menghalang aliran darah, yang mendorong kepada kekurangan bekalan darah ke otak yang kemudian mengawal tekanan darah dalam badan. 

                       
bacaan tekanan darah
Bacaan tekanan darah

Jangan dilupa, darah tinggi ni menyerang tak kira usia. Kadang-kadang tu tak sampai umur 20 pun dah kena darah tinggi. Tak boleh nak fikir mereka yang dah berusia je ada risiko. Yang muda pun tidak terkecuali. 

Jadi, elakkan stress, keletihan yang melampau, pastikan tidur yang cukup & yang penting, jaga pemakanan. Kerana setiap penyakit itu bermula dari perut. Jika ada ahli keluarga atau diri sendiri merasakan berisiko mendapat darah tinggi, bolehlah mendapatkan SET DARAH TINGGI SHAKLEE untuk mengawal tekanan darah dari menjadi semakin teruk. 







Comments