Tips Yang Mudah Untuk Dapatkan Kulit Yang Cantik

Wajah mencerminkan diri kita. Jika wajah kita kelihatan bersih dan berseri, ianya dapat menunjukkan daya keterampilan diri kita. Ianya adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik.




Tetapi bagaimanakah kita dapat menjaga muka kita? Jom tgk tips yang ringkas & mudah 👇

1. Cuci muka sebelum tidur malam

Muka kita sentiasa akan terdedah dengan debu dan kotoran dalam seharian. Jadi, sebelum tidur seeloknya bersihkan muka daripada kotoran-kotoran tersebut untuk mengelakkan timbulnya jerawat. 

2. Cuci muka lepas bangun tidur pada waktu pagi

Sel-sel kulit mati dan bakteria yang terkumpul pada bantal atau tilam akan melekat pada kulit wajah sepanjang malam. Sepanjang waktu tidur juga kulit wajah akan mengeluarkan kotoran-kotoran dari muka dan akan terkumpul di sekitar wajah.

3. Bilas muka dengan sempurna

Selepas mencuci muka pastikan muka dibilas dengan sempurna. Jangan biarkan ada kesan sabun yang masih melekat pada wajah kerana kesan sabun itu mengandungi kuman dan akan membahayakan kulit wajah.

4. Jangan kerap bertukar produk

Setiap produk mengandungi bahan kimia yang berbeza. Jadi, ianya sangat bahaya jika terlalu banyak bahan kimia yang bercampur digunakan pada muka. 




5. Kurangkan menyentuh muka

Kulit muka sangat sensitif dengan bakteria dan kuman. Seelok-eloknya cuci tangan dengan air atau hand sanitizer sebelum menyentuh muka. Kadang-kadang terasa gatal pada kulit muka menyebabkan kita menyentuh wajah dengan tangan yang kurang bersih akan menyebabkan timbul keradangan pada kulit muka dan jerawat.

6. Jaga pemakanan

Elakkan makanan yang berminyak, pedas dan berkalori. Bukan tak boleh, tapi KURANGKAN. Makanan berminyak boleh menyebabkan jerawat dan kulit berminyak. Kurangkan makan makanan yang terlalu pedas dan tinggi kalori juga.

7. Minum air kosong secukupnya dalam sehari

Pengambilan air kosong sekurang-kurangnnya 8 gelas sehari membantu untuk menghidratkan kulit wajah dan menyingkirkan bahan toksik dalam badan. Bahan toksik boleh menyebabkan jerawat pada muka jadi banyakkan pengambilan air kosong.




8. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

Buah-buahan dan sayur-sayuran sememangnya kaya dengan nutrisi dan zat yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrisi dan zat-zat tersebut mempunyai vitamin yang membantu mencantikkan kulit dan menyihatkan kulit seperti lemon, limau nipis, tomato dan sebagainya.

9. Kurangkan penggunaan alat solek

Foundation atau bedak yang digunakan pada muka boleh menyebabkan pori-pori anda tersumbat dan menimbulkan jerawat. Seelok-eloknya gunakan make up yang tidak terlalu tebal dan nipis.

10. Asingkan kain tuala pengelap muka

Jangan lap muka yang basah menggunakan tuala yang sama digunakan untuk mengelap badan. Sediakan kain tuala yang kecil khas untuk mengelap muka yang basah.

11. Kurangkan berjemur di bawah terik matahari

Sinaran matahari yang terkena pada kulit boleh merangsang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum yang boleh mengakibatkan jerawat.





Dah faham kan tips2 nya ? Jadi, amalkan lah untuk dapatkan kulit yang cantik dan bersih. 

                               



Comments